Sign In
LABEL-LABEL ADALAH PENTING! / LABLES ARE IMPORTANT!

  • KETAHUILAH UBAT AWDA
    KNOW YOUR MEDICINES

     
  • MENGAPA KITA PERLU MEMBERI LABEL PADA UBAT-UBATAN ?
    WHY DO WE LABEL MEDICINES?


    Ubat-ubatan mempunyai bentuk, saiz dan warna yang bermacam-macam, akan tetapi banyak ubat-ubatan kelihatan serupa. Hanya label dapat membezakan nama yang tepat bagi sesuatu ubat.
    Medicines come in various shapes, sizes and colours, and yet many medicines look alike. Only the label will tell the correct name of the medicines.

     
  • UBAT-UBATAN YANG BERCAMPUR BOLEH MEMBAHAYAKAN
    COMBINATIONS OF MEDICINES CAN BE HARMFUL


    Sebilangan ubat-ubatan boleh membahayakan jika dimakan serentak. Ini akan boleh dielakkan jika doctor mengetahui ubat apakah yang awda telah atau sedang makan.
    Certain medicines can be harmful if taken together. If your doctor knows what you have taken or are taking, he can avoid this.

     
  • ALERGIK
    ALLERGY

    Awda mungkin alergik kepada sesuatu ubat- misalnya terkena ruam kulit. Daripada label, doctor akan dapat mengesan ubat yang awda alergik, dan ubat tersebut akan dapat dielakkan dimasa akan datang.
    You may develop an allergic reaction- e.g. a rash. The label will help your doctor to find out what you are allergic to, and that medicine can be avoided in the future.

     
  • SALAH UBAT ATAU BERLEBIHAN UBAT
    WRONG MEDICINE OR OVERDOSE


    Dengan tidak sengaja seseorang mungkin termakan ubat yang telah ditentukan untuk orang lain atau termakan ubat yang berlebihan daripada hadnya. Doktor akan dapat mengesan ubat yang telah dimakan oleh pesakit daripada labelnya dan akan dapat merawat pesakit dengan segera dan betul.
    Someone may accidentally take a medicine not meant for him or too much of a medicine. The doctor may know immediately what he has taken, from the label, and he will be able to treat the patient quickly and correctly.

     
  • JAGA DIRI AWDA SENDIRI !
    LOOK AFTER YOURSELF !


    Adalah baik bagi awda mengetahui ubat-ubatan yang awda makan dan peraturannya sekali. Dengan demikian awda boleh membantu doktor untuk menolong awda.
    It’s good to know what you’re taking and how to take it correctly. You’ll be helping the doctor to help you!

     
  • SARANAN
    DOs
     
    1. Selalu baca arahan-arahan di label sebelum awda memakan ubat. Jika awda tidak faham, hubungi Ahli Kimia Ubat.
      Always read the instructions on the label before taking your medicine. If in doubt, contact your Pharmacist.
       
    2. Beritahu doctor mana-mana ubat yang awda makan.
      Tell your doctor about any medicines you are taking.
       
    3. Beritahu doctor jika awda alergik kepada sebarang ubat.
      Tell your doctor if you are allergic to any medicine.
       
    4. Tunjukkan ubat-ubatan dengan labelnya sekali kepada doctor jika seseorang itu tersalah makan ubat atau termakan berlebihan ubat.
      Show the labelled medicines to the doctor if someone accidentally takes overdose or the wrong medicine.
       
  • LARANGAN
    DON’T’S
     
    1. Jangan memakan sebarang ubat-ubatan yang bukan ditentukan khusus untuk diri awda
      Do not take any medicine not prescribed especially for you.
       
    2. Jangan memberi ubat-ubatan awda kepada orang lain walaupun penyakit awda seakan-akan serupa dengannya.
      Do not offer your medicine to anyone else even though his illness seems similar to yours.
       
    3. Jangan menyimpan ubat-ubatan ‘bercampur-baur. Simpanlah setiap ubat di dalam bekas yang berasingan dan berlabel.
      Do not mix different medicines. Keep each medicine separately in labelled container.


Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam
Pharmacy Department, Ministry of Health, Brunei Darussalam